“Vmaxx Production memberi pengajaran kepada saya”

by Cikgu Fendy
Vmaxx Productions SMK POKOK SENA,KEDAH

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera… Semoga semua di dalam keadaan sihat sejahtera. Pada kali ini Cikgu ingin berkongsi satu kisah dan pengalaman cikgu bersama-sama dengan sekumpulan anak-anak SMK Pokok Sena,Kedah (TS25) yang dikenali sebagai “VMAXX Production”. Kumpulan ini pada awalnya membantu saya dan Cikgu Fauziah Mohammad Noor untuk menghasilkan satu video gimik sempena Majlis Persaraan PK Kokurikulum kami pada ketika itu Cikgu Manaf. Lihat karya pertama vmaxx di bawah ini.

video gimik sempena majlis persaraan cikgu manaf

Vmaxx production ini dianggotai oleh fahim fawwaz, izzul, pak lah, aniq, Lim, Amsyar yang merupakan anak-anak pelajar yang berbakat besar di dalam bidang seni videografi dan Multimedia ini. Menyedari hakikat itu Cikgu Arman Ishak (Pengerusi Majlis Staf SMK Pokok Sena 2019) telah membimbing dan melatih kumpulan vmaxx bagi menghasilkan karya-karya videografi yang lebih menarik.

Cikgu Arman Ishak Penasihat kepada Vmaxx Production

Seniman Negara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee inspirasi Vmaxx

Setelah kejayaan video gimik yang pertama mendapat sambutan yang positif, Vmaxx terus menghasilkan video gimik bagi Majlis Persaraan PK Pentadbiran Cikgu Amron Yasin. Maka di sini tercetuslah idea menjadikan “Bujang Lapok” sebagai inspirasi dan elemen di dalam video gimik seterusnya. Objektifnya adalah bagi menghargai karya Seniman Negara dan memberikan contoh kepada generasi muda agar tidak melupakan hasil karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

vmaxx melakonkan semula sebagai “Bujang Lapok”

Karya Vmaxx tidak terhenti di situ sahaja, Cikgu bersama-sama Cikgu Arman terus membimbing dan memberikan idea dan sepenuh tenaga bagi melatih anak-anak pelajar ini di dalam bidang videografi dan teknik-teknik untuk mengambil video dari sudut yang menarik. Sehinggakan terpaksa naik di atas tangga dan berpanas di tepi longkang bagi menghasilkan videografi yang menarik. Kesabaran dan ketabahan yang tinggi sangat diperlukan. Semua kepayahan ini adalah bersifat sementara tetapi hasilnya yang memberikan kemanisan. Lihat hasil karya Vmaxx bertajuk “CINTA” di bawah.

Video gimik CINTA
Cikgu Arman ketika memberikan arahan salah satu babak di dalam video gimik CINTA

Karya anak-anak Vmaxx tidak terhenti di situ sahaja, mereka terus membantu pihak sekolah bagi menjayakan Program atau Majlis yang dianjurkan contohnya tayangan Video gimik kepada YB Menteri KPDNHEP Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail ketika Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-47 SMK Pokok Sena,Kedah.

imej via BERNAMA

Sepanjang setahun mengenali anak-anak Vmaxx banyak pengajaran yang cikgu boleh dapat dan belajar daripada mereka terutamannya dari segi ilmu teknikal menghasilkan videografi. Kadangkala menjadi Seorang Guru bukan sahaja kita mengajar anak-anak murid TETAPI anak-anak MURID juga banyak mengajar GURU.

Related Posts

2 comments

Cikgu Ayu dot My January 4, 2020 - 9:15 am

Power!! Tunjuk ajarku sifu. 😁

Reply
Cikgu Fendy January 5, 2020 - 1:02 am

adududu..malu saya, apa yang powernya Cikgu Ayu..hihi

Reply

Leave a Comment