EduBlogger Meetup #2 : Pencetus Inspirasi kembali menulis blog!

by Cikgu Fendy

“Bagaikan kelahiran semula…” itulah yang saya dapat ungkapkan mengenai EduBlogger Meetup #2 yang berlangsung pada 4 hingga 5 Disember bertempat di Apple Training Room, Menara CIMB Kuala Lumpur. Saya sebenarnya mula menulis blog coretan peribadi sejak tahun 2012 tetapi tidak mempunyai semangat dan kekuatan untuk terus kekal sebagai blogger.

EduBlogger Meetup #2 kali ni.. Aura dia lain macam kerana di dalam   pertemuan selama 2 hari ni ramai blogger yang terkenal di jemput     untuk menyampaikan perkongsian ilmu sebagai blogger pendidikan. Antaranya  seperti Cikgu Razif (www.cikgusiber.com) , Cikgu  Hailmi (www.cikguhailmi.com) Cikgu Amjad (www.cikgushare.com) Cikgu Raihan (www.raihanjalaludin.com) turut hadir memberikan perkongsian juga ialah Cikgu Ayu (www.cikguayu.my) , Cikgu Herry (www.mudahmengajar.com) dan Cikgu Zaki (www.bmspm.net).

Apple Training Room, iPad Pro dan Blogging Jam

“Sesungguhnya racun itu benar…” (Cikgu EL Gamillo,2019). Keterujaan di dalam pertemuan EduBlogger Meetup #2 kali ini dihangatkan lagi dengan suasana kelas pembelajaran yang kondusif berteknologi tinggi. Hal ini ditunjukkan oleh dengan setiap sesi perkongsian semuanya menggunakan iPad Pro yang disambungkan secara “Airplay” kepada Apple Tv dan Apple LCD Projektor. Jimat masa! tak perlu terkial-kial sambung kabel.

“Sentiasa Berani Berubah…”

Maka dengan semangat dan aura yang positif inilah saya telah tetapkan azam dan wujudkan www.cikgufendy.com sebagai tempat perkongsian saya dengan anda semua. Terima kasih Mentor saya Cikgu Azhar (www.cikguazhar.com) yang banyak membantu saya menghasilkan blog yang baru ini

Cikgu Azhar sebagai Mentor saya

Related Posts

7 comments

Cikgu Hailmi December 12, 2019 - 4:52 am

Tahniah Cg Fendy. Selamat kembali menulis!

Reply
Cikgu Fendy December 12, 2019 - 7:40 am

Terima Kasih Cikgu Hailmi,semua ini adalah inspirasi daripada Tuan!

Reply
MOHD AZHAR December 14, 2019 - 6:04 am

Wow tahniah hehe

Reply
Cikgu Fendy December 16, 2019 - 3:34 am

Terima kasih Sifu!

Reply
Lihat Perkongsian Para Peserta Pada Acara Perhimpunan Blogger Pendidikan EduBlogger Meetup #2 - Cikgu Siber December 16, 2019 - 8:06 am

[…] EduBlogger Meetup #2 : Pencetus Inspirasi kembali menulis blog! […]

Reply
Edublogger Meetup #2: Selangkah Ke Hadapan.. - Cikgu Azhar December 27, 2019 - 8:04 am

[…] Catatan Cikgu Fendy […]

Reply
Cikgu Fendy January 1, 2020 - 5:17 am

Terima kasih azhar

Reply

Leave a Comment