Apakah #CikgooTUBE? Betulkah ianya Fenomena 2020 Yang Semakin Viral??

by Cikgu Fendy

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.. Pada kali ini Cikgu nak kongsikan dengan semua mengenai #CikgooTUBE. Pernah dengar tentang CikgooTUBE? Tak pernah? Bagaimana pula dengan YOUTUBE? okey mesti semua pernah dengarkan tentang Youtube kan.., ada yang menjadi Vlogger, Youtuber dan ada yang berkongsi pelbagai bahan di Youtube Channel. Perkongsian tentang resepi masakan, tips-tips kesihatan, cara berkebun dan banyak lagi…

sumber : FB page CikgooTUBE
Sumber : Youtube

Sejak dilancarkan oleh Mantan KPPM Datuk Dr. Amin Bin Senin pada 12 Disember 2019 yang lalu Komuniti CikgooTUBE semakin berkembang. Sejajar dengan hasrat PM kita Tun M yang mahukan Pengajaran dan Pembelajaran guru yang berkualiti di rakam dan diedarkan ke sekolah-sekolah.

Sumber :Astro AWANI

Semakin banyak video dihasilkan…

Setiap hari semakin banyak video Pengajaran dan Pembelajaran dihasilkan. Sama ada Guru Prasekolah, Guru Sekolah Rendah & Menengah dan juga di peringkat pengajian tinggi. Fenomena ini semakin menjadi-jadi. Mari kita lihat keletah anak-anak Prasekolah kita dengan Cikgu Ferdy

Sumber : Youtube Channel FerdyCikguCelebrity

Jika anda minat kepada Sains, anda boleh ikuti Cikgu Abdullah Yaser

Sumber : Yotube Channel Cikgu Abdullah Yaser

Anda Minat Kapal Terbang Kawalan Jauh? ada juga perkongsian daripada Cikgu Sifu Syawal

Sumber : Youtube Channel Unit Pengakap Udara SMK Sg Retang

Kadangkala video-video yang dikongsikan juga dapat mencetuskan idea kepada anak-anak pelajar dan guru-guru lain contohnya seperti yang dikongsikan oleh Cikgu Fendy Hamid yang berkaitan “Flip Note” Komponen Dalam Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan.

Sumber : Youtube Channel Cikgu Fendy Hamid

Bagi Cikgu Azhar pula perkongsiannya adalah mengenai aktiviti yang berlaku di sekolahnya iaitu SMK Simpang Beluru, Kuala Kangsar Perak.

Sumber : Youtube Channel Simbel Studio

Berdasarkan tagline “Every Cikgoo Can Create” ia membuka ruang kepada semua guru di Malaysia untuk sama-sama menghasilkan Video PdPc atau apa-apa saja perkongsian tentang Pengajaran dan Pembelajaran.

Untuk mendapatkan bantuan sifu-sifu CikgooTUBE seperti Cikgu Razif, Cikgu Romie dan Cikgu Hailmi, boleh lah sertai Group Telegram CikgooTUBE

Related Posts

Leave a Comment