#TikTokClassroom Ruang Guru Kongsi Kreativiti!

by Cikgu Fendy
imej via Google Image

TikTok tempat budak baru nak up joget-joget…” mungkin itulah tanggapan awal kita terhadap salah satu aplikasi sosial media yang sedang meningkat naik sama seperti Facebook , Instagram , Twitter dan lain-lain lagi. Namun begitu aplikasi Tiktok telah melancarkan #Tiktokclassroom sebagai satu ruangan perkongsian pelbagai ilmu dalam bentuk video pembelajaran bahasa , tips-tips ringkas dan ada juga pengajaran Matematik dan Sains! Menarik!

imej via Tiktok Malaysia

#tiktokclassroom memberikan ruang kepada semua orang belajar dan mempelajari pelbagai ilmu sebagai contoh belajar bahasa korea , belajar sains dan belajar Matematik! Perkongsian video anda akan dapat ditonton oleh jutaan pengguna Tiktok. Bagi cikgu fenomena ini adalah sesuatu yang baik kerana elemen pendidikan dan pembelajaran masih dapat diterapkan di situ. Di Malaysia nama-nama seperti Cikgu Ong Siew Ling dan Salnusie bin Mohamad sudah lama aktif sebagai “Tiktok Educator” iaitu Cikgu Ong Siew Ling berkongsikan kaedah pengajaran dan penyelesaian masalah Matematik dengan muzik latar di Tiktok .

imej via #tiktokclassroom
imej via Tiktok

Bukan hanya di Malaysia, perkongsian video pengajaran dan pembelajaran sudah mula di muat naik ke aplikasi Tiktok oleh pendidik di negara India contohnya berkongsi video berkaitan pembelajaran bahasa inggeris.

melihatkan fenomena ini jadi adalah baik jika kita sebagai Pendidik Malaysia mengambil peluang ini menjadikan #tiktokclassroom sebagai salahsatu lagi platform perkongsian video Pengajaran dan Pembelajaran kita yang Kreatif!

Sumber : https://www.soyacincau.com/2019/10/07/tiktok-tik-tok-classroom-initiative-educational-video-sharing/

Related Posts

1 comment

MOHD AZHAR December 17, 2019 - 1:59 am

Terbaik!!!

Reply

Leave a Comment