Seni “Quilling” Guru ini sangat Istimewa

by Cikgu Fendy

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua.. Di dalam kesibukan sesi persekolahan awal tahun cikgu ingin berkongsi dengan semua mengenai kisah Seni “Quilling”. Mungkin ada yang pernah dengar atau pernah membuat seni Quilling ini contohnya seperti Cikgu Salasiah Saudi yang mengajar anak-anak Pendidikan Khas di SMK Jeli, Kelantan. Beliau yang berpengalaman mengajar anak-anak Pendidikan Khas mula meminati seni Quilling ini dan telah pun menghasilkan pelbagai karya Seni Quilling. Pada amnya Quilling merupakan salah satu cabang seni origami.

antara hasil karya Cikgu Salasiah

Sejak mengenali Seni Quilling ini Cikgu Salasiah giat menghasilkan karya-karya bersama-sama dengan anak-anak Pendidikan Khasnya bagi tujuan komersial. Seni Quiling ini dapat membantu melatih dan memantapkan kemahiran motor halus anak-anak Istimewa ini. Menariknya selepas usaha Cikgu Salasiah komersialkan Seni Quilling ini ia dapat memberikan Nilai Keusahawan kepada anak-anak Pendidikan Khas. Hasilnya ada di antara karya yang terjual dengan harga RM50 hingga RM 100.

Siput keychain yang merupakan hasil karya anak-anak istimewa

“Seni ini memerlukan kesabaran, ketelitian dan masa yang panjang…”

Cikgu Salasiah telah berjaya melatih pelajar-pelajarnya menghasilkan karya yang cantik dan menarik. Beliau salah seorang daripada ribuan guru-guru PPKI di Malaysia cukup terharu dan sangat bersyukur apabila anak-anak Pendidikan Khas ini berjaya menggunakan ilmu Seni Quilling menjana pendapatan untuk meneruskan kehidupan seharian. Syabas dan Tahniah Cikgu Salasiah! antara wira yang tidak didendangkan tetapi setia menabur bakti demi untuk anak-anak Pendidikan Khas.

Bagi yang ingin menyertai Cikgu Salasiah bolehlah terus ke Facebook Page Peminat Quilling Malaysia

Di sini juga saya sertakan sedikit video berkaitan Seni Quilling

video via youtube

Related Posts

1 comment

Cikgu Ayu dot My January 23, 2020 - 7:25 am

Cantik sangat. Talented!!

Reply

Leave a Comment